Indah Cinta

Selasa, 26 Oktober 2010

Mungkin Tuhan sengaja mahu
kita berjumpa dgn orang yg
salah sebelum menemui insan yg
betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yg
betul, kita akan tahu bagaimana
utk bersyukur dgn pemberian
dan hikmah disebalik pemberian
tersebut.

Apabila salah satu pintu
kebahagiaan tertutup, yg lain
akan terbuka tapi selalunya
kita akan memandang pintu yg
telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak
pintu lain yg telah pun terbuka
untuk kita.

Teman yg paling baik ialah
seseorang yang kita boleh
duduk bersama di dalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dgn
perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling hebat yg
pernah kita rasai.

Crazy Memang benar yang kita
tidak akan tahu apa yg kita
punyai sehinggalah kita
kehilangannya dan juga benar
bahawa kita tidak akan tahu
apa yg kita rindukan
sehinggalah "Ianya" hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam utuk
menyukai seseorang, satu hari
untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk
melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada
kecantikan kerana ianya akan
lapuk ditelan usia, jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan
susut ditelan masa. Apa yang
kekal hanyalah kecantikan hati
seseorang....

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum
kerana ia cuma memerlukan
sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yg suram.
Akan tiba satu ketika didalam
kehidupan apabila kamu
teramat rindukan seseorang
sehingga kamu ingin
menggapainya dari mimpi dan
memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu
inginkan, pergilah ke mana-
mana yg kamu ingin tujui dan
jadilah apa yg kamu inginkan
kerana kamu hanya memiliki
satu kehidupan dan satu
peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin kamu
lakukan.

Semoga kamu memiliki
kebahagiaan yg cukup untuk
membuatkan diri kamu menarik,
percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat,
kesedihan yg cukup utk
memastikan kamu adalah
seorang insan dan harapan yg
cukup utk membuatkan kamu
bahagia....

Kebahagiaan seseorang manusia
tidak semestinya dalam memiliki
segala yg terbaik. Mereka
hanya membuat yg terbaik
dalam hampir apa saja yg
datang didalam hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada
mereka yg menangis, mereka yg
terluka, mereka yang telah
mencari dan mereka yg telah
mencuba, hanya mereka yg
boleh menghargai kepentingan
manusia yg telah menyentuh
hidup mereka.

Cinta bermula dgn senyuman,
mekar dgn ciuman dan berakhir
dgn tangisan.....

Masa depan yg cerah sentiasa
berteraskan kehidupan yg lalu
yg telah dilupakan, kamu tidak
boleh meneruskan kehidupan
dengan sempurna sehingga
anda melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau
tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang tersayang
sehingga dia meninggal dunia
lantaran akhirnya kamu
terpaksa catatkan kata-kata
cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata
cinta yang tersimpan dibenakmu
itu sekarang selagi ada
hayatnya.

Cintailah seseorang itu atas
dasar siapa dia sekarang dan
bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit
lagi, kiranya kamu benar-benar
mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak
menghargai orang yang
mencintai kamu sepenuh hati,
sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya
tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam
hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang
sangat berarti bagimu, hanya
untuk menemukan bahwa pada
akhirnya menjadi tidak berarti
dan kamu harus membiarkannya
pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk
Adam, bukan dari kepala untuk
dijunjung, bukan dari kaki untuk
dijadikan alas, melainkan dari
sisinya untuk dijadikan teman
hidup, dekat dihati untuk
dicintai...

Kadang-kadang ALLAH hilangkan
sekejap matahari kemudian dia
datangkan pula guruh dan kilat.
Puas kita mencari di mana
matahari, rupa-rupanya ALLAH
nak hadiahkan kita pelangi yang
indah...

Belajarlah bersyukur dengan
jodoh anugerah tuhan.. usah
mendambakan teman secantik
balqis, andai dirimu tidak
seindah sulaiman.. mengapa
diharapkan teman setampan
yusof, andai dirimu tidak setulus
zulaikha... tak perlu mencari
seistimewa khadijah, andai
dirimu tidak sesempurna
Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat di
mata kail, hendaklah kamu
mengambil ikan itu, janganlah
sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu
saja.... Karena ia akan sakit oleh
karena bisanya ketajaman mata
kailmu dan mungkin ia akan
menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu
memberi banyak pengharapan
kepada seseorang, setelah ia
mulai menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya,
janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja...
Karena ia akan terluka oleh
kenangan bersamamu, dan
mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia
mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu
hidup seseorang dengan
mencuri hatinya andainya kamu
tidak ikhlas menyintainya... kelak
kamu akan berlaku kejam
dengan meninggalkannya dan
membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika
kamu berpisah dengan
seseorang, lebih menyakitkan
apabila kamu dilupakan oleh
kekasihmu, tapi cinta akan lebih
menyakitkan lagi apabila
seseorang yang kamu sayangi
tidak tahu apa yang
sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang
menderita kerana cinta, usahlah
ditangisi kekasihmu yan

0 komentar: